Setinggi-tinggi ucapan syukur dipanjatkan kepada Maha Pencipta kerana masih diberi kesempatan untuk menemui anda semua dalam blog Mahligai Qaseh Bridal Collection - http://mahligaiqaseh-bridalcollection.blogspot.com
Dikesempatan ini, saya ingin merasmikan pembukaan blog istemewa ini pada 1hb Januari 2010, ia merupakan hadiah istimewa dari saya untuk anda semua. Ia juga tanda terima kasih anda di atas sokongan anda selama ini. Anda yang menjadi pendorong dan kekuatan kepada Mahligai Qaseh Bridal Collection untuk terus bergelut di arena kecantikan dan andaman pengantin yang semakin sengit persaingannya.
Diakhir kata, apa yang menjadi harapan ialah dengan adanya blog ini dapat memberi manfaat dan faedah kepada bakal pengantin baru yang memiliki, melihat dan membacanya. Semoga bertemu lagi di lain kesempatan, Salam Hormat dan Salam Persaudaraan yang tulus ikhlas. SELAMAT TAHUN BARU 2010, MALAYSIA.
Sekian, Terima Kasih
Salam Sekapur Sirih
'AAINAA DHAMIRAH
Pengasas Mahligai Qaseh Bridal Collection